TUGASAN KPD 3026( KAJIAN TINDAKAN)
NAMA: MUNALIZATUL BT DAUD
NO MATRIK: D20102043877
NAMA PENSYARAH: ENCIK OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN
KUMPULAN: EL-A24
Pembuka Bicara:
Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah dapat menyiapkan Kajian Tindakan yang diberikan walaupun tidak sesempurna yang diinginkan oleh pensyarah. Namun saya bersyukur dengan kesihatan dan kudrat yang diberikan serta kelapangan waktu yang ada, saya berjaya juga menyiapkannya walaupun menghadapi beberapa kekangan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah tutor kumpulan saya iaitu En.Omar Hisham b.Mohd Baharin kerana telah memberikan tunjuk ajar serta garis panduan dalam menghasilakn penulisan ini. Terima kasih juga kepada suami tercinta, Hisham bin Ibrahin serta anak-anak yang memahami tugas saya sebagai seorang pelajar jarak jauh UPSI serta rakan-rakan seperjuangan yang selalu memberi sokongan kepada saya. Saya mohon maaf andai ada kesilapan serta kelemahan dalam penulisan tugasan ini. Harapan saya agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Semoga usaha saya ini mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah.
1. KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 KANDUNGAN 2
2 PENGHARGAAN 2
3 TAJUK KAJIAN 2
4 ABSTRAK 2
5 LATAR BELAKANG KAJIAN 3
6 ISU/FOKUS KAJIAN 3
7 OBJEKTIF KAJIAN 3-4
8 KUMPULAN SASARAN 4
9 METHADOLOGI KAJIAN 4
10 PELAKSANAAN 4-7
11 REFLEKSI 7-8
12 PENUTUP 8
13 BIBLIOGRAFI 9
2.PENGHARGAAN
Setinggi penghargaan ingin saya ucapkan kepada pihak Guru Besar SK. Seri Manjung Perak, rakan-rakan guru yang turut memberi sumbangan serta idea dalam saya menjayakan Kajian Tindakan ini terutama kepada guru pemulihan iaitu Puan Zalina bt Saat dan Puan Norasmah bt Aziz serta anak murid di kelas 1 Pandai 2011.
3.TAJUK KAJIAN:
Tajuk Kajian Tindakan saya ialah Bestari Fonik iaitu murid diajar mengeluarkan bunyi huruf yang betul serta mengecam bunyi huruf agar dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup mudah.
Nama Penyelidik
MUNALIZATUL BINTI DAUD
Alamat Sekolah
SK. SERI MANJUNG PERAK. 32040 SERI MANJUNG, PERAK
4.ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1 Pandai yang merupakan murid LINUS. Bilangan murid adalah seramai 27 orang dan seorang guru pemulihan terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka yang mudah untuk murid-murid Linus sebagai asas dalam pembacaan. Kelemahan murid dari segi membaca adalah berdasarkan instrumens ujian saringan 1 yang dilaksanakan pada penghujung bulan Mac 2011.
5.LATAR BELAKANG KAJIAN
Latar belakang kajian adalah berdasarkan pengalaman mengajar selama 15 tahun dan 6 tahun bergelar guru Bahasa Malaysia Tahun 1. Banyak pengalaman mengajar yang saya perolehi dan cabaran tahun pertama mengajar di kelas tahun 1 apabila saya mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelas I Pandai yang merupakan kelas KIA 2M( Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis) pada tahun 2005. Saya berhadapan dengan murid yang lemah dari segi penguasaan kemahiran membaca dan menulis dan ada juga di antara mereka yang tidak mengenal dan mengecam huruf sepenuhnya. Antara latihan samada yang bertulis mahupun membaca yang terdapat dalam buku aktiviti, buku teks, buku kerja adalah menyebut suku kata terbuka dan tertutup serta menulis perkataan yang terdiri dari suku kata terbuka yang mudah seperti :
Bu+ku= buku ro+ti= roti me+ja=meja
Oleh kerana mereka tidak menguasai kemahiran membunyikan huruf maka mereka tidak dapat menyebut suku kata tersebut dengan lancar dan jelas dan seterusnya mereka tidak dapat membaca perkataan yang diberi dengan betul.
6.ISU/ FOKUS KAJIAN
Ketika saya mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di Kelas 1 Pandai masih terdapat murid yang tidak menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka, perkataan suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan suku kata tertutup yang mudah kerana murid belum menguasai kemahiran membunyikan huruf iaitu fonik. Ini merupakan kemahiran asas yang sepatutnya telah dikuasai ketika mereka berada di sekolah tadika semasa berumur 5-6 tahun. Sekiranya mereka tidak menguasai kemahiran yang mudah, bagaimana mereka hendak menguasai kemahiran membaca dan menulis yang lebih sukar seperti teks pendek ataupun menjawab soalan kefahaman berdasarkan teks. Oleh itu saya telah merancang teknik “Bestari Fonik” dengan memberi penekanan kepada bunyi setiap huruf ketika mengeja dan membaca serta menulis suku kata terbuka dan tertutup yang mudah.
7.OBJEKTIF KAJIAN
7.1Objektif Umum
1. Meningkatkan penguasaan kemahiran menyebut serta membunyikan huruf dengan penekanan pertama adalah huruf vokal a,e,i,o dan u serta huruf-huruf konsonan.
7.2Objektif Khusus
1. Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca serta menulis suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
8.KUMPULAN SASARAN
Terdiri dari murid Tahun 1 Pandai. 15 murid lelaki dan 12 murid perempuan berjumlah 27 orang. Murid di dalam kelas ini merupakan murid LITERASI. Lemah dalam kemahiran membaca dan menulis yang asas.
9.METHODOLOGI KAJIAN
a) Hasil dari pemerhatian di dalam kelas ketika aktiviti membaca dan menulis.Antaranya ketika guru menggunakan kad gambar dan kad perkataan serta petikan pendek.
b)Semakan hasil kerja murid dalam buku tulis dan buku aktiviti ketika di dalam kelas
c) Ujian saringan lisan dan bertulis LITERASI. Ujian saringan dijalankan 3 kali setahun.
d) Ujian pengesanan. Diberikan kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menulis perkataan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan gambar diberi.
10.PELAKSANAAN
10.1Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya saya rancang dan laksanakan, saya telah memantau masalah-masalah yang menyebabkan murid gagal membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka dan tertutup yang mudah.
10.2Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan kepada instrumens yang dijalankan untuk memantau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka dan tertutup, maka saya telah membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di bawah:
Bil Masalah Jumlah %
1. Murid kurang tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. 40%
2. Selalu ponteng sekolah. 5%
3. Kurang motivasi diri. 30%
4. Tiada bimbingan ketika di rumah. 5%
5. Sikap malas murid. 20%
Rajah 1: Kajian masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid 1 Pandai 2011
10.3Tindakan yang dijalankan.
Langkah pertama yang saya lakukan adalah memberikan motivasi kepada murid supaya murid minat untuk belajar dan seterusnya dapat memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Murid yang lemah memerlukan 80% kata-kata semangat dan perangsang berbanding 20% adalah pembelajaran yang mereka hadapi ketika di kelas. Selain itu saya memberikan kata-kata nasihat bahawa membaca dan menulis itu adalah jambatan ilmu untuk Berjaya dan mereka perlu sentiasa rajin berusaha samada di kelas mahupun di rumah. Saya juga memberikan pujian dan galakan agar mereka minat untuk belajar. Tindakan seterusnya ialah:
1. Meminta murid melihat mulut saya apabila saya menyebut huruf vokal diikuti dengan huruf konsonan dan murid akan mengikut langkah menyebut huruf satu demi satu.
2. Latih tubi membunyikan huruf dengan membuka luas rongga mulut agar bunyi huruf jelas keluar dan murid dapat mengecam bunyi serta huruf yang disebut (fonik).
10.4Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian.
Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Malaysia. Murid dideahkan dengan sistem bunyi huruf iaitu fonik agar murid dapat mengecam apakah huruf yang sedang disebut dan yang ingin ditulis di samping itu saya menunjukkan kad huruf kepada murid.Saya juga menggunakan teknik nyanyian agar murid berasa seronok dan berminat ketika belajar.
Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Aktiviti 1
1.Menyebut huruf vokal. a,e,i,o,u.
2. Mengecam bunyi huruf vokal. a,e,i,o,u,e
3.Menyebut perkataan yang bermula dengan huruf vokal.
Contoh: a- api, i-itik, o-obor, e-emak, e-ekor
Aktiviti 2
1.Menyebut huruf konsonan.
2. Mengecam bunyi huruf konsonan.
3. Menyebut perkataan yang bermula dengan huruf konsonan.
Contoh: b- buku, c-ciku,d-duku, f-feri
Aktiviti 3.
1. Mencantumkan huruf konsonan dengan huruf vokal a bagi membentuk suku kata terbuka.
Contoh:
b+a= ba
c+a= ca
d+a= da
2. Mencantumkan suku kata terbuka dengan huruf konsonan.
Contoh:
Ba+s= bas
Ru+m= rum
So+k= sok
Setelah semua aktiviti dijalankan secara berperingkat, saya dapati ada peningkatan dari segi penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup murid dan didapati juga murid sudah mula boleh membaca dengan lancar kerana telah berjaya mengecam bunyi setiap huruf.Peningkatan ini dapat dilihat berdasarkan keputusan PKSR 1 dan PKSR 11 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Pemahaman dan Penulisan dan juga berdasarkan ujian saringan LITERASI yang telah diadakan.
PKSR 1 PKSR11
M/PELAJARAN/
GRED A B C D A B C D
B.M PEMAHAMAN
0 9 13 5
*11 8 6 2
B.M PENULISAN 2 11 11 3 *13 10 2 1
Rajah 2: Keputusan peperiksaan murid 1 Pandai 2011
UJIAN LITERASI
SARINGAN 1 SARINGAN 2 SARINGAN 3
Melepasi Tidak Melepasi Melepasi Tidak Melepasi Melepasi Tidak Melepasi
15/27 12/27 7/12 5/12 2/5 3/5
Rajah 3: Keputusan ujian saringan LITERASI murid 1 Pandai 2011
11.REFLEKSI KAJIAN
11.1Penilaian Pencapaian Murid
Kesemua aktiviti yang telah saya rancang telah pun berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh persekolahan 2011 yang bermula pada Januari hingga November. Peningkatan yang amat ketara dalam keputusan peperiksaan murid di mana pada PKSR 1 tidak terdapat seorang pun mencapai keputusan A dalam kertas Bahasa Malaysia Pemahaman namun pada PKSR 11 peningkatan mendadak dapat dilihat pada keputusan PKSR11 iaitu seramai 11 orang memperolehi keputusan A dalam kertas Bahasa Malaysia Pemahaman dan 13orang murid A bagi keputusan kertas Bahasa Malaysia Penulisan serta peratusan murid gagal juga telah menurun setelah murid ini mula menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan baik dan seterusnya dapat memahami apa yang dibaca untuk diaplikasikan di dalam jawapan mereka. Selain itu murid mula melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas terutama dalam aktiviti membaca petikan mudah serta mengambil imlak cerita pendek yang dibacakan oleh guru akibat dari peningkatan rasa keyakinan diri mereka setelah diberi motivasi setiap masa. Manakala dalam ujian saringan LINUS pula sehingga ujian saringan ke 3 hanya tinggal 3 orang murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup serta perkataan suku kata terbuka dan tertutup. Murid A menghadapi masalah emosi setelah ayahnya meninggal dunia pada awal bulan Mac 2011 dan oleh sebab gangguan emosi tersebut, murid ini selalu tidak hadir ke sekolah dan sering ketinggalan dalam pembelajaran. Murid B pula adalah murid yang bermasalah dalam disiplin. Suka mengganggu rakan-rakan dan sukar untuk dikawal. Murid C adalah seorang murid yang kurang tumpuan ketika belajar dan mudah berkhayal. Oleh sebab masalah-masalah yang dinyatakan murid-murid ini masih belum melepasi tahap ujian yang dijalankan secara lisan dan bertulis. Manakala seramai 24 orang murid dalam kelas 1 Pandai sudah menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik.
11.2Rumusan Pemerhatian.
Dari pemerhatian yang telah saya lakukan, murid lebih yakin untuk mengeluarkan suara ketika menyebut seseuatu perkataan yang ditunjuk oleh guru serta petikan yang terdapat di dalam buku teks serta aktiviti setelah mula menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan lancar dan secara tidak langsung mereka juga dapat membaca perkataan-perkataan yang lebih sukar dan panjang serta dapat memahami apa yang dibaca apabila disoal secara lisan. Murid lebih menumpukan perhatian dan seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dengan teknik mengeluarkan bunyi(fonik) serta terdapat juga unsur-unsur didik hibur yang digunakan oleh saya semasa aktiviti dilaksanakan seperti nyanyian, sajak dan pantun.
11.3Cadangan Untuk Meneruskan Kajian Tindakan.
Pengalaman yang saya perolehi, saya timba setelah 6 tahun berhadapan dengan murid yang bermasalah dalam pembelajaran dan aktiviti yang telah saya rancang dan laksanakan akan sentiasa saya lakukan penambahbaikan sesuai dengan tahap kecerdasan murid dan saya berhasrat akan menggunakan Kajian Tindakan ini untuk murid tahun 1 pada tahun berikutnya serta berkongsi dengan guru-guru yang bakal mengajar murid LINUS kerana murid ini selain memerlukan perhatian, mereka juga memerlukan motivasi yang tinggi dan berpanjangan untuk berubah.
12.PENUTUP
Guru adalah umpama lilin yang sanggup menerangi kehidupan orang lain meskipun menghadapi kepayahan dalam mengharungi kehidupan. Sebagai seorang pendidik, tugas dan tanggungjawab kita adalah memberikan yang terbaik untuk anak murid agat tidak ada murid yang tercicir dalam pembelajaran. Walaupun kini guru menghadapi kekangan dari segi masa dan beban tugas yang semakin mencabar, namun tugas mendidik adalah asas tunjang bagi pendidikan anak murid bagi melahirkan generasi ilmu yang mampu bersaing di persada dunia.
Selamat Hari Guru
Sajak Untukmu Guru
Istimewa buatmu...
Guru…
Hari ini amat istimewa buatmu..
Sebagai ulangtahun memperingati segala jasamu..
Aku bersyukur..
Kerana..tika aku leka..
Ada dirimu yang sentiasa mengingatkanku..
Betapa berharga ilmu
Yang bakal diriku bawa bersama..
Menuju jaya…
Terima kasih buatmu..
insan yang teristimewa..
hasil nukilan Cikgu Muna
Inilah duniaku..
SUDI-SUDIKANLAH
MUZIK ITU INDAH
LAMPIRAN
RPH MAKROPENGAJARAN MUNA
View more documents from Shamona Daud.
Subscribe to:
Posts (Atom)